Tuesday, July 28, 2009

~...seharusnya...~

Apakah tujuan kita untuk hidup di muka bumi ini?Adakah hanya untuk bersuka ria? Pasti jawapannya tidak bukan?Sesungguhnya...dunia ini hanyalah satu persinggahan buat kita semua sebelum kita sampai ke alam yang kekal abadi, iaitu akhirat. Pernahkah anda berfikir bahawa suatu hari nanti anda akan meninggalkan dunia ini dan beralih ke alam bazarkh? dan adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapinya? Saya rasa, tidak ada sesiapapun yang bersedia untuk mati. Mari kita berfikir secara logik. Mungkinkah ada manusia yang selemah kita ini berani bercakap yang dia sudah bersedia untuk itu?? Saya sering terfikir tentang perkara2 sebegini. Bagaimanakah jika esok saya sudah tidak ada di dunia ini? Adakah amalan saya sudah cukup untuk bekalan hari esok?


Baiklah, saya tinggalkan persoalan2 tadi untuk bersama-sama kita renungkan. Sekarang, saya akan beralih pula kepada topik "Manusia Tidak Pernah Bersyukur". Ok, melalui pengalaman peribadi saya sejak saya dilahirkan..saya selalu lihat yang manusia ini sebenarnya selalu tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Ya, sebahagian besar daripada kita sering bersifat sedemikian. Begitu juga dengan saya. Sebagai hamba Allah yang lemah...saya juga tidak terkecuali dalam hal ini. Kadang kala...sebagai manusia, kita tidak sedar yang kita sudah cukup bertuah. Kerana apa? Kerana Allah telah kurniakan kita badan yang sihat, dapat melihat, mendengar, merasa, perasaan, cinta, rezeki, dan macam2 lagi. Cuba bayangkan jika diri kita sudah tidak dapat melihat dan mendengar? Pernahkah anda selesema dan deria rasa anda sudah berkurang? Saya pasti apabila anda makan, rasa makanan itu pasti tidak akan rasa sesedap seperti selalu dan menyebabkan akan kurang berselera untuk makan. Dari sini, kita sudah dapat lihat bahawa segala apa yang telah Allah berikan amat penting dan bernilai buat kita. Sesungguhnya manusia sering berasa "tidak cukup" dengan apa yang mereka ada. Sebagai contoh, apabila seseorang sudah memiliki rumah yang besar, lama kelamaan pasti dia akan berasa rumahnya itu masih sempit dan berusaha untuk memperbesarkannya lagi. Walhal, bagi orang yang munkin lebih rendah sedikit tarafnya daripada orang kaya itu...pasti sudah berasa sangat bersyukur jika dia memiliki rumah sebesar itu. Manusia juga kurang menunjukkan rasa syukurnya apabila dia sering merungut dengan dugaan yang diberikan. Sebelum kita berasa kitalah orang yang paling tidak bertuah atau orang yang paling banyak menerima tekanan dan dugaan...tentunya ada manusia yang lebih menderita daripada kita. Diuji dengan bermacam-macam jenis dugaan...menerima kesakitan dan penderitaan...kemiskinan dan peluang yang tipis untuk hidup. Jadi, mulai hari ini...mari kita sama-sama mengubah diri kita supaya sentiasa bersyukur dan berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik dari masa ke semasa. Ingatlah, manusia adalah sebaik2 kejadian. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...






p/s: mahu bercakap lebih panjang lagi tetapi sudah kesuntukan masa...bye2...see ya!




~...wah...~

wah~~ blog saya sudah berwajah barulah...best2.
tapi yang tak bestnye, tak ada lagu lagilah kat sini...
so agak kesunyian sikitlah tanpa lagu2 kegemaran saya...
esok saya ada exam subjek2 yang mencabar...(add math and biology)
semoga saya success untuk subjek esok!




saya benci soalan sejarah tadi.
apa yang saya baca tak banyak yang keluar dalam soalan.
tapi tak mengapalah.
saya tidak rugi apa2 pun...walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya...
jadi, saya perlu berusaha lebih gigih untuk berjaya.
tiada erti putus asa dalam hidup saya.
semoga apa yang saya lakukan ini mendapat berkat dariNya...





note: hidup saya sejak kebelakangan ini agak sukar untuk saya luahkan. banyak perkara yang pelik2 dan sangat mengelirukan saya...semoga saya dapat lari daripada semua masalah yang membelenggu hidup saya ini...saya tidak mahu mengingati apa2 lagi tentang perkara2 yang lepas...Hidup Perlu Diteruskan dan Perlu Bersedia Untuk Hari Esok!!






p/s: Jagalah kesihatan anda. Usah pandang remeh terhadap tahap kesihatan anda. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jaga diri dan sayangi diri anda serta orang2 yang anda sayang. (^_^)





~...bai-bai...~

Sunday, July 26, 2009

~...kenapalah...~

kenapalah orang suka salah faham dengan apa yang kita cuba sampaikan?
kenapalah saya harus menjadi sebegini?
kenapalah saya tak larikan diri jea?(bukan lari dari rumah tau)



kenapalah27383x~~~
hai..otak saya ni saya rasa macam dah penuh dengan perkataan "kenapalah"
mcm dalam cite katun tu...
atas kepala dia banyak bintang2 pusing2



Thru Da SKY yang semakin bingung dengan orang disekeliling.






~...antara mahu atau tidak...~

Esok ada exam. Dah bersedia untuk menjawab examkah saya ni? Jawapannya sudah pasti tidak. Kenapa masih belum bersedia? Entahlah... Malasnyeeee rasa nak baca buku malam ni. Baguskan saya ni. Esok exam baru saya nak baca buku. Sudah menjadi habit saya membaca buku pada waktu2 puncak. HeHeHe...Kenapa? Sbb setiap kerja yang saya perlu buat, saya pasti perlukan tekanan daripada keadaan sekeliling saya. Apa yang paling penting. Da atmosphere around me must have a little pressure. ngeh2





Tadi g tusyen lagi...belajar subjek BM, Add Math, Physics dan Math
Kali ni tak ada orang kejar2 dah. hehe
Paling best time belajar Physics=Heat
Paling boring time belajar BM
Paling malas nak belajar time Add Math sbb selalu kena duduk belakang.so, sukar sedikit nak bg tumpuan. (ceh, byk betul alasan dia nih)
Masa study Math...biasa2 jea...
relax jea..sbb dia waktu terakhir dan dah ramai orang balik. so, kelas dia sikit jea orangnya...
tapi malas nak hantar kertas exercise sebab tak suka chapter--->Transformation.hehehe






note: semoga aku dapat faham chemistry chapter salt and acid + base dengan mudah. Amin...




bai-bai

Friday, July 24, 2009

~...(-_-)...~

huu...letih sungguh saya pada hari ini...

pergi ke tusyen lepas zohor sampai pukul 7

dahlah dalam perjalanan nak gi tusyen tu mcm ada orang ikut.

laki. berbaju cokelat. memegang baju sejuk. muka yang agak mencurigakan.

aku nampak dia memandang cykon dan ikut aku, cykon n sarah dr belakang.

mula2 aku bgtau sarah. sarah mcm tak caye jea ape yang aku cakap.

then, cakap kat cykon. terus keadaan aku semakin panik. sbb cykon pun panik.haha

lps tu...sampai kat depan tangga nak gi tusyen tu...

dia masih ada kat belakang. walaupun aku dan cykon dah lari2 anak.(sampai cykon hampir dilanggar oleh sebuah motosikal)

menakutkan betul apa yang berlaku siang tadi.

tercungap2 aku tadi.

kering abis tekak aku.

menakutkan dan sangat seram.

harap2 kejadian mcm siang tadi takkan berlaku lagi.

huuu~~~


hari ni dah lah letih kena "kejar" gn orang yang tak dikenali.
lepas tu, lepas balik tusyen jea...
terus kena keluar rumah balik.
kenapa? sebab nak kena teman mak ambil nenek di rumah bapa saudara aku...adoiyai...
haish. tak baik merungut tau
balik2 jea penat. aip2. tengok tu. merungut lagi.
perlukah aku tido??haha...lagi mau tanya...
exam minggu depan.
adakah aku sudah bersedia?? owh tidak2~~~

oklah, cau sin ci.
nak gi bermesra gn nenek jap. ececece....(^_-)


nota: esok pergi tusyen lagi...subjek BI dan EST. best2. tak sabar2 nak jumpa Murugan.

Monday, July 13, 2009

~...lepaskan aku dari cengkaman ini...~

arggghhhhhhh....!!

kata, bulan ni dah tak ada exam dah...

kenapa buat jugak exam...

aku dah tak larat dah nak jawab periksa...huhu

tolongla...hari ini kepala aku sewel semacam jea...(sakit kepala)

masa kelas tambahan chemistry tadi lagi aku dah sakit kepala...huhu

nasib baik mak ambil aku...

kalo tak...tak taula nak kata apa...

dengan panasnye....jerebunye...

tetiba jea hari ni jerebu pulak...

jerebu teruk pulak tu...haish

ermm...aku rasa aku ni macam orang yang "tak boleh nak bernafas dah" sekarang ni tau...

sekarang ni aku rasa silent reader aku akan bertambah banyak....huhu

aku tak boleh bernafas bukan sebab korang(kwn2 sekolah aku) bc blog aku ni k...

tp sebab yang hanya aku dan mentalis aku jea yang tahu...

so berbalik kepada silent reader tadi....aku harus menjaga tutur kata dan adab berblog...haha...(ada ke adab berblog??)



p/s: cykon, sara n biela...status anda sebagai silent reader akan tamat tidak lama lagi...
nantikan aje la...geram gn korang tau dan pesanan buat teera pula. Mari kita larikan diri kita daripada mereka semua....HaHaHa...!!(gelak jahat)


~...bai-bai...~

Saturday, July 11, 2009

~...bukan cinta biasa...~




Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Seumur hidupku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku






p/s: kembang hati aku bila dengar lagu ni...wah...bestnyeee

Friday, July 10, 2009

~...lari jauh-jauhhhhh...~

saya benci M
saya tidak suka M
saya mahu lari daripada M
saya juga mahu melupakan M
saya tidak mahu hidup saya dimusnahkan oleh M




saya sayang R
saya suka R
saya mahu mendekati R
saya juga mahu R sentiasa ada dalam hati saya
dan saya yakin hidup saya akan lebih bahagia bersama R






saya berharap agar saya dapat melepaskan diri dari M dengan secepat mungkin
dan saya rasa
itu adalah jalan yang terbaik







yang benar,

budak jiwang @ kupu2 terbang tinggi







note:
siapakah M dan siapakah R???
nak tahu jawapannya??
juz call me ok?!
o14-244...tekan2 x dpt


Tuesday, July 7, 2009

~...azam...~

hehe...azam...azam ape nih?? azam dak kelas aku...ataupun maksud aku azam=matlamat??? hehe...mestilah azam=matlamat...buatpe aku nk ckp psl si budak azam tu plak kan...silap ari bulan...mau aku kena tarik tudung gn tuuttttt...hehe
huhu..x abis2 nk main2 aku ni kan...cukup2. serious2.





~...Untuk Peringatan Diri Sendiri...~



azam aku untuk bulan ini

-AKU PERLU BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENCAPAI APA YANG AKU INGINKAN.
-BUAT APA SAJA ASALKAN MATLAMAT AKU TERCAPAI.
-PASTIKAN USAHA ITU BERSTRATEGI DAN KESANNYA DAPAT DILIHAT PADA AWAL BULAN HADAPAN.


sekian terima kasih...
wasalam...





p/s: semoga kita semua mendapat kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat...Amin..

Wednesday, July 1, 2009

~...plz take care of our environment...~

EL NINO



nama ko comel...sape laaa bagi nama ko ek??

tak sempat pulak nk buat kajian pasal nama ko...hihi
nama jea comel...
tp ko sangat memberi kesan kepada aku
(seorang pejalan kaki yang setia)
panas weiii...
huhu...ni baru panas kat dunia...
wohoho...sekarang ni cuaca sangatlah panas...
dan dijangka pada bulan puasa nanti...
suhu akan meningkat di bandar2 utama...
kadang2 aku terfikir...
mcm mana aku nk hidup untuk 10 thn atau 20 thn akn dtg??
(kalo umur aku panjangla..mntak2 aku dipanjangkan umur..Amin)




skarang ni...kalo aku beli apa2 barang kat kedai...
aku dah jarang amik plastik...hihi
buat apa susah2 nk mntak plastik kan...
masukkan jea terus dalam bag...
dan aku rasa itu salah satu usaha aku untuk jaga bumi ni...
wpun usaha aku tu nmpak kecik jea...
tp siapa tahu kalo usaha aku yang tak seberapa tu...
boleh selamatkan bumi ni kan..?!






p/s: usaha tangga kejayaan...maaf andai kata aku ada tersilap kata dan yang membaca blog aku ni berkecil hati...10 jari ku susun. memohon maaf darimu...aku juga manusia biasa...terimalah aku seadanya...(^_-)

~...blablabla...~


hehe...apakah ayat yang aku tulis selepas simbol love tu??
hanya aku saja yang tahu...


ni la hasil2 keje aku time aku tgh study...hehe
sebenarnya banyak lagi hasil2 keje aku...
tak dapat aku nak kongsikan di sini...hihi
aku nak jadi photographer yang sangat kreatif...!!
buktinya, banyak photographer jd kwn aku kat FB
itulah salah satu cita-cita yang aku ada...
aku akan pastikan...
aku akan dapat jugak dSLR tak lama lagi...
sis, please buy it for me...
cpt la keje...jgn asik study jea...huhu





p/s: perlu menahan diri daripada menulis blog...azam yang disemat dalam hati harus dicapai....=)
 

Thru Da SKY Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template