Thursday, December 31, 2009

~...adoiii...~

Semalam, perkara yang tak disangka2 berlaku...
Jadi, akibatnya..MISI aku terhenti seketika.
Aku terpaksa...nak buat macam mana kan..benda dah nak jadi...
Terpaksa berehat untuk beberapa hari...kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi..
Walaupun hati tak rela nak merehatkan diri daripada MISI ni...
Tapi, keselamatan diri juga harus diambil kira kan.
Takut bertambah teruk jea~
Luka2 di lutut, dagu dan tangan masih berdenyut2.
Lagi2 lutut ni. Nak jalan pun susah.
Takpolah~






babai

Monday, December 28, 2009

~...~

Setiap manusia akan kembali jua kepada penciptaNya...
Itulah hakikatnya...
Setiap yang pergi juga tidak akan kembali...
Kita sebagai hamba Allah yang masih bernafas ini harus bersyukur dengan segala nikmatNya...
Tidak ada sesiapa yang menyangka bahawa dia akan pergi ketika usia yang masih muda...
Aku reda atas segala apa yang telah berlaku...








Sahabat, kau telah pergi menghadap Illahi...
Hanya doa dan Al-Fatihah saja yang mampu aku titipkan buatmu...








Semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminn...Al-Fatihah.

Sunday, December 27, 2009

~...menunggu...~

Hari ni hari Ahad...sume orang tau kan...
Hari ni juga bertarikh 27 Dis...sume orang pun tau juga kan...
Jadi, ada lagi dua hari lagi untuk aku mulakan misi aku tu...
Misi ini bermula agak lambat daripada jadual sebenar sebab ada beberapa halangan...
Harap2 misi aku tu akan berjalan dengan lancar nanti.



Nota kaki: sudah berasa malas nak menulis blog ni...banyak lagi keje yg kena buat. huhu




babai

Friday, December 18, 2009

~...adakah?...~

Kadang2...mendiamkan diri adalah lebih baik daripada bercakap.
Kadang2...mengalah itu bukan bererti kita kalah.
Kadang2...apa yang kita cakap bukan lah seperti apa yang kita maksudkan.
Kadang2...kita berada di bawah...dan kadang2 kita berada di atas.


hurmm...apalah yang banyak sangat kadang2nye. hihihi




  • Mulai esok=hari ni...aku nak start belajar memasaklah...sementara Mak, Ayah, Kakak dan Adik aku balik kampung ni...Teringin jugak nak jadi perempuan2 yang suka sangat memasak tu...aku pun bukannya budak kecik lagi...so, aku kena la pandai bab2 memasak ni...Mak pun ada suruh aku belajar memasak. Memandangkan skill memasak aku yang setakat boleh buat dadih...buat pancake...masak sayur n lain2 lagi yang tak berapa nak power tu...maka aku terpaksalah meningkatkan skill memasak ini...

  • Lusa, aku rancang nak pergi pasar with my kakak...best2. Seumur hidup aku ni..boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi pasar...huhu


  • Tak sabar rasanya nak tunggu misi aku tu tercapai...lepas misi tu tercapai...aku boleh lah enjoy dengan hidup baru!


  • Esok nak habiskan baca novel...hihihihi






Note: sangat2 happy dengan dunianya... :)





babai

Monday, December 14, 2009

~...memori itu...~

Aku sebenarnya sangat rindukan keadaan dulu2...
Tapi sekarang semuanya dah berubah...
Keadaan juga tidak membenarkan aku untuk mengembalikan memori itu...
Aku pasti...ego ku telah menghalang aku daripada berbuat sedemikian.
Aku harap semua tindakanku ini adalah tindakan yang tepat...
dan berharap agar aku tidak akan menyesal kerananya...
Huh~~ letihlah bila ada perasaan macam ni...
takmo ada perasaan macam ni dah.
Stop it!






Esok aku perlu susun jadual harian aku dengan bijak...
Kalo tak...mesti asyik nak tengok FarmVille kat Facebook tu jea...


1. Bangun pagi2 bersiap untuk pergi hospital.
2. Tengahari kemas rumah n tengok cite ikan duyung...
3. Petang pulak harvest tanaman kat FarmVille...
4. Malam...baca novel.










Note: sangat keliru skang ni...perlukan masa untuk memikirkan tentang diri sendiri...







babai

Saturday, December 12, 2009

~...M.I.S.I...~

Aku ada satu misi.
Misi itu adalah rahsia.
Jika aku berjaya, aku akan heboh2kan kepada dunia... :P
Jika tidak berjaya, aku akan terus berusaha sehingga aku berjaya.
Tak kira apa sekalipun dugaannya.
Misi itu tentang diri aku sendiri.
Tak berkait dengan pelajaran pun.
Ianya berkaitan dengan masa depan aku.
Ayuh Sky! Mulakan misi anda itu sekarang!









Note: pelikla..mana hilangnya sume kawan2 aku ni...Kazu n Biela...huhu

Wednesday, December 9, 2009

~...bebas seperti kupu2??...~

Hurm...inila update pertama aku selepas aku habis exam ni...
apa perasaan aku ehh?
perasaan aku agak kosong...mcm tak ada rasa apa2 pun. still sama jea..
aku ingat lepas habis exam aku akan rasa lega..
tp...rasa mcm cuak la pulak nak tunggu result yang lama lagi nk keluar tuh..adoiyaii~



Hari pertama aku yang dah tak bergelar budak sekolah ni amatlah membosankan...
harini aku just gi jogging kat Tasik Perdana n main badminton...tu jea la aku buat sepanjang hari ni..selain drpd berborak2 gn Amir...hehehehe :)



Banyak betul rancangan dalam kepala aku ni...kecuali rancangan untuk cari kerja...
ok, aku akan cari kerja bila aku rasa aku perlukan duit...so, skang ni aku rasa aku tak perlukan duit. jadi... takyah la aku kerja kan...
susah la bab keje2 ni...macam malas ada...macam tak ada semangat or tak ada benda2 yg mendesak aku untuk kerja pun ada gak.
tapi kan kalo korang ada keje2 yg best or keje yg senang2 bagila tau aku tau.


ok la. babai. :)


yang benar,


Sky.




NOTE: apesal blog aku tak leh buat tulisan kaler-kaler?? ni yang tak suka ni..huhu
 

Thru Da SKY Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template